22 Nov 2013
sinarharian

Warga emas terlampau Penduduk berkenaan menunjukkan lokasi warga emas dan wanita OKU tersebut ditemui.
SEGAMAT: Seorang
warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang
wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah
belukar di daerah ini, petang kelmarin.
Penduduk
tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga
emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola
kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.
Menurutnya,
bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi
dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.
“Saya
berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal
berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam
belukar di sebelah padang itu.
“Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.
Menurutnya,
sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita
lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu
sempat membuang objek dipercayai kondom.
“Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan,” katanya.
Penduduk
berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit
memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya
melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Tambahnya
lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita
lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya
meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan
sebaliknya dia dipukul lelaki itu.
Sementara
itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar
Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan
satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.
“Suspek
ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di
bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital
Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
No comments:
Post a Comment