22 Nov 2013
LONDON: Tiga wanita termasuk seorang warganegara Malaysia berusia 69 tahun berjaya dibebaskan selepas dikurung selama 30 tahun di sebuah rumah di Selatan London, menurut kenyataan Polis Metropolitan London.
Salah seorang daripada wanita berkenaan turut dipercayai dikurung sejak dilahirkan.
Dua individu, seorang lelaki dan wanita berusia 67 tahun ditahan semalam kerana disyaki terbabit dengan perhambaan domestik.
Tangkapan berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan mengenai
perhambaan yang dilancarkan selepas seorang daripada mangsa menghubungi
persatuan kebajikan bulan lalu dan memberitahu bahawa dia dikurung
bersama dengan dua wanita lain.
Persatuan berkenaan segera
menghubungi polis dan ketiga-tiga wanita itu termasuk seorang
warganegara Ireland berusia 57 tahun dan warga Britain, 30, dibebaskan
pada 25 Oktober.
Ketua Unit Anti Penyeludupan Manusia Polis
Metropolitan, Kevin Hyland berkata kesemua mangsa berada dalam keadaan
trauma kerana tidak pernah terdedah kepada dunia luar sejak 30 tahun
lalu.
“Kami sedang menyiasat apa yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu dan ia akan mengambil masa yang lama,” katanya.
Polis pada mulanya menolak kemungkinan ketiga-tiga mereka mempunyai
pertalian darah namun menarik balik kenyataan itu kerana hubungan
kesemua mangsa adalah sebahagian daripada siasatan dan polis enggan
membuat sebarang spekulasi.
Bagaimanapun setakat ini tiada
tanda-tanda berlakunya jenayah seksual namun mengingatkan semua pihak
bahawa siasatan masih belum selesai.
Polis juga enggan membuat spekulasi mengenai motif, identiti atau
hubungan antara suspek yang telah dibebaskan atas jaminan polis.
Kesemua mangsa yang masih dirahsiakan identiti, dilapor berada dalam
keadaan selamat di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di Britain dan
sedang bekerjasama dengan pakar trauma sejak diselamatkan.
“Mereka berada dalam keadaan baik.
Tiga puluh tahun tidak bebas sepenuhnya adalah amat menyedihkan.” kata Anita Prem, pengasas persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa.
Tiga puluh tahun tidak bebas sepenuhnya adalah amat menyedihkan.” kata Anita Prem, pengasas persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa.
PENGASAS persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa, Anita Prem
No comments:
Post a Comment