25 Nov 2013
Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: “Saya sudah tak tahu nak buat apa, terpaksa hubungi
isteri di Malaysia untuk dapatkan bantuan sebab kehabisan wang selepas
tersadai selama tiga minggu di Amsterdam,” kata seorang ahli perniagaan
bergelar Datuk, yang ditipu satu sindiket.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 63, berkata, dia
sanggup pergi ke ibu negara Belanda itu selepas dijanjikan bakal membawa
pulang wang hampir RM200 juta yang disimpan satu rangkaian pelaburan di
luar negara.
Menurutnya, sebelum sedar ditipu ejen pelaburan yang juga ‘rakan
kongsi’ barunya di negara berkenaan dia sudah membelanjakan wang
simpanannya berjumlah RM500,000.
Menceritakan pengalamannya ditipu ejen itu, Zaidi berkata, dia ditinggalkan bersendirian di Amsterdam oleh ejen pelaburan terbabit yang mengarahkan menunggunya mengambil dokumen sulit yang didakwa ada di Hong Kong bagi melengkapkan proses pengeluaran wang itu.

LAPORAN polis yang dibuat mangsa berhubung penipuan sindiket pelaburan luar negara.
Bagaimanapun, katanya, sebaik dimaklumkan transaksi yang ingin dibuat bukan di bank sebaliknya sebuah syarikat insurans, dia mula sedar ditipu lelaki terbabit yang dikenalinya menerusi seorang rakan di Malaysia sekitar September lalu.
No comments:
Post a Comment