Timbalan
Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar)
mengingatkan mana-mana pihak termasuk anggota Parlimen supaya tidak
membangkitkan isu perjanjian penubuhan Malaysia kerana ia boleh
memecah-belahkan masyarakat di negara ini.
"Sekarang saya hanya memberi amaran supaya mereka mengetahui skop dan batasan...supaya jangan salah langkah," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah
Bersama Penduduk Kampung Santubong, kira-kira 30km dari Kuching
semalam, Wan Junaidi yang merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat
berkata sebelum ini beberapa anggota Parlimen turut membangkitkan isu
itu dalam sidang Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, beliau berkata belum ada individu dikenakan tindakan
tegas kerana membangkitkan isu supaya perjanjian yang membawa kepada
penubuhan Malaysia itu dikaji semula.
Beliau berkata sehingga kini tiada mana-mana individu yang telah
dipanggil untuk disiasat berhubung kenyataan mereka yang menyentuh
perjanjian-perjanjian 18 Perkara Sarawak dan 20 Perkara Sabah itu. – 25
November, 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment