- Nov 26, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Seorang
peguam telah memfailkan saman berjumlah lebih RM47 juta terhadap Peguam
Negara, bekas Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Malaysia dan tujuh lagi atas
dakwaan mendakwanya secara salah.
Rosli Dahlan, memfailkan saman itu Jumaat lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Kumar Partnership.
Media memperoleh writ samannya hari ini.
Dalam pernyataan
tuntutannya, beliau menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail,
bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan
Sri Abu Kassim Mohamed, SPRM, Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia,
tiga Timbalan Pendakwa Raya, seorang pegawai penyiasat SPRM, dan
seorang pegawai polis sebagai defendan.
Rosli mendakwa defendan-defendan dengan niat jahat menangkapnya dan mendakwanya di mahkamah berhubung kes di bawah SPRM.
Peguam itu berkata bagaimanapun beliau telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 Dis 2010.
Beliau mendakwa
tindakan defendan-defendan telah menyebabkannya dan keluarganya
mengalami trauma, penghinaan, cemuhan, ejekan, kesakitan dan
penderitaan.
Rosli menuntut ganti
rugi punitif, teruk dan teladan berjumlah RM47 juta dan ganti rugi khas
berjumlah RM750,000, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh
mahkamah. - Bernama
No comments:
Post a Comment