Saturday, December 14, 2013

Adun Pulau Pinang sebulat suara sokong kenaikan gaji

OLEH LOOI SUE-CHERN December 13, 2013  
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di DUN Pulau Pinang. Gambar fail. 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di DUN Pulau Pinang. Gambar fail.

Pulau Pinang hari ini menyertai negeri Selangor untuk menaikkan gaji wakil rakyat mereka sebanyak 80% selepas diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) menyokong langkah tersebut.
Adun Pulau Pinang akan menerima RM6,000 sebulan berbanding RM4,112.79 sebelum ini bermula Jun tahun ini.

Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) menerima kenaikan tertinggi sebanyak 100% selepas elaunnya dinaikkan dari RM1,000 ke RM2,000.
Kali terakhir gaji Adun Pulau Pinang diselaraskan adalah pada 2004. – 13 Disember, 2013. The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment