Monday, December 2, 2013

Banduan lari dari penjara untuk cari doktor kerana sakit gigi

02 Dis 2013

teeth

Apakah agaknya yang difikirkan oleh  banduan yang berusia 51 tahun dari  Sweden ini. Dia lari dari penjara sebab sakit gigi dan hanya mahu menemui doktor kemudian menyerahkan diri semula kepada  polis . Kan ke pelik namanya.

Surat khabar the Huffington Post melaporkan, Isnin 2 Disember, dipetik dari sebuah akhbar tempatan di Sweden, lelaki tidak diketahui namanya ini membongkar jeriji besi kerana sakit gigi yang tidak tertahan lagi. "Dia menemui doktor gigi. Setelah giginya hilang sakit, dia kembali untuk menyerah diri " kata salah seorang anggota  polis  yang tidak menyebutkan namanya.
Hukuman keatasnya hanya tinggal lagi sebulan, malangnya  dia terpaksa tambah hari-harinya untuk menyambung hidup dipenjara.

Keanehan banduan bukan kali ini terjadi. September 2012 seorang guru yoga memanfaatkan tubuhnya yang lentur agar dapat lari dari sel melalui penaruh makanan di pintu jeriji besi. Ini terjadi di Korea selatan.
Sementara pada 1975, warga Amerika Syarikat ditahan sebab tuduhan bandar dadah berusaha lari dengan memakai pakaian perempuan lengkap dengan lisptick dan bulu mata palsu.

No comments:

Post a Comment