Malaysiakini Dis 2 2013
Kerajaan
negeri Kedah mengeluarkan arahan kepada pemaju untuk menghentikan
segera operasi perobohan beberapa tapak tinggalan candi Sungai Batu di
Lembah Bujang.
Laporan Bernama yang memetik kenyataan
Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menyebut, pemaju berkenaan
diarahkan untuk menghentikan segera aktiviti berkenaan.
Katanya, arahan itu dikeluarkan atas permintaan exco Kedah Datuk Tajul Urus Md Zain hari ini.
Dalam
laporan itu, Mukhriz berkata beliau akan melihat laporan penuh dan
mengadakan mesyuarat untuk mengetahui duduk perkara sebenar.
"Saya
akan mengadakan mesyuarat untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku
kerana nampaknya ada dua versi mengenai kejadioan di Sungai Batu dan
saya ingin mendapat gambaran sebenar," katanya seperti dipetik dalam
laporan berkenaan.
Aktiviti perobohan tinggalan purba tersebut dikritik banyak pihak dan turut disifatkan sebagai "kebudayaan tak bertamadun".
Antaranya MP Padang Serai N Surendran yang berkata, seluruh negara terkejut dengan pemusnahan stuktur candi yang dibina pada abad kelapan di tapak arkeologi itu.
"Perobohan, yang dilakukan pemaju swasta, tindakan kebudayaan tak bertamadun, setanding dengan perobohan Buddga Bumiyan oleh Taliban," katanya.

No comments:
Post a Comment