18 Dis 2013
TRIBUNNEWS.COM, NEW DELHI - Seorang diplomat asal
India, mengalami penyiksaan oleh pihak berkuasa penegak undang-undang di New York ketika berada di dalam tahanan.
Devyani Khobragade, ditangkap di hari Khamis minggu lalu setelah mengantarkan anak-anaknya ke sekolah.
Dalam sebuah email, dikutip dari Channelnewsasia.com, Rabu
(18/12/2013), Khobragade mengaku telah berulang kali mengatakan kepada
pihak berkuasa yang menangkapnya bahawa dia memiliki kekebalan
diplomatik.
"Saya harus mengakui bahawa saya menangis berkali-kali kerana
mengalami penghinaan, tangan saya digari. Saya juga ditelanjangi
ketika mereka menggeledah saya, sama seperti penjatah dan penagih
narkoba, meskipun saya memiliki kekebalan diplomatik," katanya.
Oleh kerana itu Khobragade meminta kepada Pemerintah India untuk
menjamin keselamatan dirinya dan anak-anaknya demi menjaga martabat
layanan diplomatik India.
Khobragade ditahan kerana disyaki menggaji pembantunya dengan upah yang
ditetapkan, dan berbohong dalam formular aplikasi visa atau izin.
Wakil jurucakap Kementerian Luar Negeri Marie Harf mengakui kes
Khobragade merupakan persoalan yang sensitif namun dia menekankan hal itu
tidak akan merosak hubungan diplomatik India-AS.
India di hari Selasa, membalas perlakuan memalukan yang dialami oleh
diplomatnya tersebut dengan meminta para pegawai konsular AS
mengembalikan kad identiti mereka, dan mempercepat perjalanan keluar
dan masuk India. (channelnewsasia.com)
No comments:
Post a Comment