Kenaikan harga minyak juga menjadi petanda kepada keadaan ekonomi negara yang semakin tidak stabil. Gambar fail.Rakyat
menyifatkan kenaikkan kos sara hidup sebagai isyarat negara berada di
landasan salah, menurut kajian terbaru Merdeka Center.
Sebanyak 49% responden yang ditinjau bersetuju Malaysia berada di landasan salah berbanding 41% yang menyokong.
Daripada jumlah tersebut, 30% responden menyifatkan kenaikan harga
minyak, inflasi dan kenaikkan kos sara adalah isyarat utama ke arah itu.
Sebanyak 35% masyarakat Melayu bersetuju, diikuti 78% masyarakat Cina dan 43% masyarakat India.
Indeks Harga Pengguna (CPI) pada bulan November 2013 meningkat kepada
2.9% selepas Jabatan Statistik mengeluarkan data terkini hari ini.
Kadar tersebut tertinggi sejak Disember 2011 dan selari dengan ramalan
susulan pemotongan subsidi minyak yang diumumkan Putrajaya pada
September lalu.
Kajian terkini tersebut dijalankan pada 4 hingga12 Disember baru-baru ini sebaik sahaja berakhir Perhimpunan Agung Umno 2013.
Bagi kajian bulan Disember 2013, sebanyak 1,005 pengundi berdaftar
diambil sebagai sampel, 60% terdiri daripada masyarakat Melayu, 31%
Cina dan 9% adalah India.
Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri bagi tempat kediaman.
Kajian dilakukan menerusi temuduga perbualan telefon.
Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, pentadbiran Datuk Seri
Mohd Najib Razak telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit
fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen,
pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik
hampir 15% dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan
Selangor.
Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada
tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan
Petronas semata-mata.
Kadar hutang negara yang kini berada pada paras 53.5% daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 43% pada 2008 dan semakin
menghampiri 55%.
Najib bagaimanapun menyatakan komitmen kerajaan untuk mencapai sasaran
defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada KDNK pada 2015 dan
bajet berimbang pada 2020 dengan usaha konsolidasi fiskal yang diambil
pentadbirannya. – 18 Disember 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment