Monday, December 2, 2013

Lelaki berjaya pujuk raja sungai ke tebing

02 Dis 2013

Oleh Alias Abd Rani
Saratok: “Saya ambil masa setengah jam untuk pujuk buaya itu supaya tidak terlalu agresif sebelum menariknya ke tebing sungai,” kata pawang buaya, Indet Sanabong, 49.
Lelaki itu menangkap reptilia yang dipercayai membaham Andrian Thomas, 32, di Sungai Tingam, tidak jauh dari Lubuk Emplaie, di sini, semalam.
 
Buaya sepanjang lima meter itu ditangkap ketika memakan umpan anjing yang disangkut pada kail, jam 9 pagi.

Indet yang tinggal di Rumah Panjang Tawala Spaoh, Betong berkata, dia yakin buaya itulah yang membaham Andrian penduduk Rumah Panjang Empayak berdasarkan saiz serta warna dilihat ketika haiwan itu memuntahkan sebahagian badan mangsa, Khamis lalu.
FotoWILLIAM bersama datuknya duduk atas buaya yang ditangkap, semalam.

“Perangkap itu dipasang sejak beberapa hari lalu dan pagi tadi (semalam) saya bersama dua penduduk rumah panjang keluar memeriksanya. Kami kemudian mendapati ada sesuatu tersangkut pada mata kail lalu memeriksanya dan mendapati seekor buaya terperangkap. myMetro

No comments:

Post a Comment