Nasib Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan ditentukan di mahkamah pilihan raya. Gambar fail.Mahkamah
Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi
kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan
nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat
diputuskan.
Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan
permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan
petisyen.
“Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu
sendiri,” katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu.
Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas
bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan
perbuatan menyalahi undang-undang.
Antaranya ialah membeli undi dan berbelanja melebihi RM200,000 untuk mendapatkan kerusi Parlimen itu.
Bagaimanapun, merit kes berkenaan tidak dapat didengar kerana Hakim
Mahkamah Pilihanraya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuang petisyen
berkenaan susulan daripada bantahan awal bahawa petisyen perlu dihantar
sendiri secara fizikal oleh pempetisyen.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Zahid menewaskan Madhi dengan
majoriti 2,108 undi. Zahid memperolehi 17,176 undi manakala Madhi yang
bertanding atas tiket PKR mendapat 15,068 undi.
Peguam Edmund Bon, New Sin Yew, Chan Yen Hui dan Joshua Tay mewakili
pemohon manakala Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein.
Mahkamah juga membenarkan atas alasan yang sama seperti rayuan K. Vasantha Kumar bagi petisyen pilihan raya Tapah.
Kerusi itu dimenangi oleh Datuk M. Saravanan, kini Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Hal yang sama juga berlaku apabila ia membenarkan rayuan oleh calon pembangkang untuk kerusi DUN Lubuk Merbau di Perak.
Bagaimanapun mahkamah menolak rayuan untuk kerusi Parlimen Sungai Besar, Kuala Selangor, Batu dan Lembah Pantai.
Awal pagi tadi, satu jawatankuasa yang dianggotati lima orang dengan
dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria membenarkan
rayuan bagi kerusi parlimen Ketereh di Kelantan.
Peguam Sivarasa Rasiah, yang mewakili perayu Abdul Aziz Abdul Kadir,
memberitahu mahkamah bahawa bilangan undi dijadualkan dalam lembaran
skor dipegang oleh Pilihan Raya Suruhanjaya dan terdapat enam Borang 14
yang berbeza.
Beliau berkata, terdapat perbezaan 6,000 undi dan ini boleh mengubah keputusan pilihan raya.
Mahkamah bersetuju dengan Sivarasa dan memerintahkan kes berkenaan diteruskan dan didengar sebagai perbicaraan penuh.
"Kami akan dapat membawa saksi untuk memberi keterangan di hadapan hakim pilihan raya," katanya.
Pada pilihan raya lalu, wakil BN Datuk Annuar Musa BN merampas kerusi daripada Abdul Aziz dengan 974 undi majoriti .
Abdul Aziz mewakili parti PKR, memenangi kerusi itu pada tahun 2008. – 23 Disember, 2013 .
No comments:
Post a Comment