PAS hari ini
mengumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilantik sebagai
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Asmuni Awi dilantik sebagai
Bendahari PAS yang baru.
Setiausahasa Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata Asmuni menggantikan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang melepaskan jawatannya
bagi memfokuskan tugas sebagai menteri besar tetapi kekal sebagai
Pesuruhjaya PAS Kelantan.
"Mohamad dipilih kerana beliau adalah anak jati Pulau Pinang dan
terkenal di negeri itu. Pemilihannya juga dapat meneruskan usaha
hubungan baik dengan Pakatan Rakyat (PR).
"Jawatannya sebagai timbalan presiden dapat menyelaraskan kerja di negeri itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Salahuddin berkata, jawatankuasa PAS yang baru tidak lagi memisahkan
parti itu kepada ulama dan profesional tetapi kedua-duanya bergerak
seiringan mendepani cabaran politik. – 17 Disember, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment