- Dec 03, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU:
Pertubuhan Royalti Kelantan (R) mencadangkan bekas Pengerusi Petronas
pertama, Tengku Razaleigh Hamzah menggantikan Tun Mahathir Mohamed
sebagai Penasihat Petronas yang baru.
Setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata Tengku Razaleigh amat wajar menggantikan kekosongan yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai Penasihat Petronas, memandangkan beliau begitu berpengalaman berhubung Petronas.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily bagi mengulas peletakan jawatan Mahathir sebagai Penasihat Petronas atas sebab kesihatan.
Semalam Tun Mahathir mengesahkan beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Penasihat Petronas berkuatkuasa 1 Disember.
Beliau berkata, masalah kesihatan antara sebab berbuat demikian.
Hisyamuddin berkata, antara sebab kenapa Tengku Razaleigh layak diberikan jawatan itu kerana beliau adalah pengasas Petronas sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak.
“Pada masa yang sama, beliau adalah wakil Petronas yang menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri di Malaysia.
“Dalam isu royalti beliau adalah satu satunya pimpinan BN yang konsisten bahawa royalti 5 peratus adalah hak negeri,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment