Harakahdaily Dis 01 2013
Grand design BN hancurkan KeADILan sebelum PRU14
TIADA
pilihan raya kecil di Sabah atau mana-mana tempat di negara ini berlaku
sekarang. PRK Sungai Limau pun sudah berlalu. Begitu juga pilihanraya
umum, hampir pasti ia tidak akan berlaku dalam masa kurang dari tiga
tahun dari sekarang. Maknanya lambat lagi PRU akan berlaku.
Tiba-tiba
media melaporkan pemimpin 11 cabang KeADILan Sabah mengambil keputusan
untuk keluar parti hari ini dan menyokong Barisan Nasional. Mereka yang
hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang KeADILan
Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim
(Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha
Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang
Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua
Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki
Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua
Penerangan Kota Belud).
Mereka hadir mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Pengerusi BN itu, akan berlaku gelombang kedua di mana lebih ramai anggota KeADILan keluar parti menyokong BN. Katanya, dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa KeADILan di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah. Hebat juga perang saraf Najib.
Mereka hadir mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Pengerusi BN itu, akan berlaku gelombang kedua di mana lebih ramai anggota KeADILan keluar parti menyokong BN. Katanya, dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa KeADILan di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah. Hebat juga perang saraf Najib.
Pengerusi
KeADILan Sabah Datuk Seri Lajim Ukin pula mendakwa hanya lapan pemimpin
KeADILan yang keluar daripada parti itu. Beliau berkata tiga daripada
mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.
"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media.
"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media.
Lapan
atau 11 bukan persoalannya sekarang. Isunya ialah, apa yang sebenarnya
berlaku sehingga berlaku tindakan nekad keluar parti beramai-ramai itu?
Soalan tersebut tidak memerlukan jawapan sebenarnya. Mereka mengadakan
sidang media bersama Najib. Apa sahaja alasan terhadap terhadap tindakan
mereka tidak boleh dipakai kerana dalangnya BN dan Najib.
Sejurus
selepas PRK Sungai Limau baru-baru ini, bekas Pengerusi Perhubungan
KeADILan Kedah Dato’ Wan Salleh Wan Isa juga isytiharkan keluar parti.
Wan Salleh bukan orang kecil tapi beritanya keluar parti sudah tidak
jadi besar. Sebabnya, cerita keluar parti dalam KeADILan terlalu lumrah
serta tiada lagi nilai berita.
Sejak
ditubuhkan pasca era reformasi 1998 hingga kini, senarai keluar parti
oleh para pemimpin dan ahli-ahli dalam KeADILan terlalu panjang. Boleh
dicatat dalam World Records of Guinness Book sebagai parti politik yang paling ramai pemimpin keluar parti namun parti masih bertahan.
Di
peringkat awal KeADILan menjejak kaki dalam politik, tindakan keluar
parti oleh anggotanya dianggap sebagai pembersihan. Malahan selepas
menang agak besar PRU12 pun, tindakan melompat parti oleh ramai wakil
rakyatnya masih dianggap proses pembersihan parti. Sama ada terlalu
banyak kotoran atau tersalah sabun, proses pembersihan berlaku dalam
KeADILan sehingga tumbangnya sebuah negeri iaitu Perak. Kini selepas
empat kali PRU tanggapan bahawa ianya adalah proses pembersihan parti
sudah tidak boleh dipakai.
Dalam
sejarah Malaysia, hanya dua parti yang didominasi oleh Melayu/Islam
dapat bertahan lebih 50 tahun iaitu PAS dan Umno. Nasma, Berjasa, Hamim,
Semangat 46, Kita – semuanya sama ada sudah berkubur atau boleh
dianggap sudah berkubur. Antara sebab mereka berkubur ialah kerana
mereka pembangkang. Ketidaksanggupan para pemimpin mahupun ahli-ahlinya
untuk berkorban sedangkan ‘tiada hasil’ yang diperolehi dalam tempoh
parti belum berkuasa adalah penyebabnya. Apatah lagi bila datang tawaran
dari parti pemerintah Umno yang sering mengumpan dengan laba duniawi,
maka seorang demi seorang pemimpin parti-parti tersebut tewas. Strategi
yang digunakan BN terhadap parti-parti tersebut, itulah yang sedang
digunakan untuk menghadapi KeADILan.
Umno
masih bertahan kerana Malaysia dianugerahkan kemerdekaan melalui Umno.
Lalu Umno memperalat dan menyalahgunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki
untuk mempertahankan kuasa mereka. Talian hayat Umno ialah kuasa dan
wang, tanpanya Umno sudah berkubur macam parti Melayu yang lain.
PAS
juga tidak berkubur, malah masih gagah hingga kini. Rahsianya kerana
PAS berjuang berlandaskan Islam. Setiap anggota PAS adalah pejuang Islam
yang ikhlas berjuang kerana Allah semata-mata. Matlamat utama para
pejuang PAS ialah akhirat, bukan dunia semata-mata. Kerana Allah jadi
matlamat dan sehingga kini ia didokong oleh kepimpinan yang ikhlas
kerana Allah maka perjuangan PAS tidak berkubur.
Ancaman
terbesar bagi BN ialah Pakatan Rakyat yang di dalamnya terdapat PAS,
KeADILan dan DAP. Di samping BN berusaha untuk memecahkan perpaduan
dalam Pakatan sebagai strategi utama mengekalkan kuasa, BN akan berusaha
melumpuhkan mana-mana parti komponen dalam Pakatan. BN sedang melakukan
kerja keras untuk menghancurkan KeADILan sebab sedar ia adalah parti
yang mereka rasa ‘boleh makan’, berbanding PAS dan DAP. BN telah
melakukan dengan agak berjaya pasca PRU12 hingga menjelang PRU13. Apa
yang berlaku terhadap KeADILan adalah antara sebab yang menyumbang
kemerosotan orang Melayu terhadap Pakatan.
Satu
lagi sebab utama mengapa KeADILan mesti dilumpuhkan ialah, parti itu
semacam pengikat perpaduan antara PAS dan DAP, dua komponen Pakatan yang
berbeza ideologi. Bagi BN, tanpa KeADILan atau lebih tepat lagi tanpa
Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka PAS dan DAP mudah direnggangkan. Itu
teori mereka.
Terdapat laporan bahawa grand design
BN sekarang ialah cuba menghancurkan keADILan menjelang PRU14 melalui
apa cara sekalipun. Sebab itulah tindakan melumpuhkan parti tersebut
dibuat tanpa mengira musim lagi.
Apabila seorang Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN sendiri bercakap
mengenai gelombang kedua kehancuran KeADILan, maknanya visi tersebut
merupakan perancangan besar mereka.
KeADILan
dan rakan kerjasama PAS dan DAP kena memikirkan sesuatu dengan serius
untuk mengekangnya, bagi mempastikan perjalanan ke Putrajaya PRU14 tidak
terbantut lagi
No comments:
Post a Comment