01 dis 2013
Oleh NORIAH IDRIS dan MOHD HAFIZEE AROP
Kuala Lumpur: Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia
membahasakan si kecil itu adik. ‘Skrip’ itu direka seorang lelaki bagi
menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur
dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua
tahun lalu.
Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga
keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil
daripada keluarga daif.
Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil
tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas
kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2.
Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara.
Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara.
HAIQAL menyesali dosa silamnya.Kemesraan mereka berdua bukan setakat di kolej sebaliknya berakhir di ranjang, malah pada tahun kedua pengajian, mereka sanggup menyewa bilik dan tinggal bersama. myMetro
No comments:
Post a Comment