"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Osman dari Jerlun.
Beliau yang membahaskan usul ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno
menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi
meningkat, kenapa harga barangan-barangan berkenaan perlu naik.
Pembangkang jelas Osman melihat isu-isu kenaikan harga barangan
keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan
kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.
"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya.
Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya untuk menjawab
segala isu berkenaan dan tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat
defensif.
"Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas.
"Kalau kita kempen jimat elektrik lebih awal, bila elektrik naik tidak
rakyat terasa sangat," katanya lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala
Lumpur.
Disebabkan perkara itu, Osman menegaskan kerajaan semakin tertekan dengan asakan pembangkang.
"Ini jadikan kita defensif. Kita selalu tertekan dengan asakan pembangkang.
"Jentera kita perlu gunakan media-media yang ada beri penerangan," tambahnya. – 6 Disember, 2013 TMI
No comments:
Post a Comment