Kenaikan
gaji mendadak bagi Adun Selangor yang diumumkan Khalid baru-baru ini
mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin tertinggi PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim. - Gambar The Malaysian Insider, 12 Disember, 2013.Meskipun
mendapat bantahan, kerajaan negeri Selangor akan tetap meneruskan
pelaksanaan kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan
pentadbir negeri Selangor kerana ia sudah ditetapkan semasa sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang lalu, kata Menteri Besar Selangor.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun berkata perbincangan
penyelarasan kadar gaji akan dilakukan selewat-lewatnya pada Januari
depan.
"Kadar penyelarasan tak sesuai dibincangkan kerana yang layak bertanya
adalah mereka yang terjejas dengan kenaikan tersebut, namun ia akan
dilakukan secara 'moderate'," katanya pada sidang media di Bangunan
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, tengah hari ini. - 12 Disember,
2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment