Tiada masa layan karenah pegawai rendah kerajaan, kata Datuk Seri Shahidan Kassim. Gambar fail.Datuk
Seri Shahidan Kassim hari ini menolak cabaran berdebat dengan Penolong
Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam
Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari mengenai isu Wahabi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sebagai menteri yang mementingkan kebajikan beliau tidak mahu membuang masa.
"Saya tidak mahu memberi sebarang komen, membuang masa melayan kerenah
pegawai rendah kerajaan seperti itu," katanya kepada The Malaysian
Insider.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan
sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya
berpegang kepada fahaman hantu.
"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat
serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan
masing-masing," katanya.
Antara lain Zamihan berkata, Shahidan tidak layak membincangkan isu
Wahabi atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa
menteri itu.
Katanya, tindakan bekas menteri besar Perlis itu membela Wahabi membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran itu.
"Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di
negara ini," katanya.
Zamihan berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan
salah seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian
itu.- 20 Disember, 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment