14/12/2013
Makpol menyerahkan cincin dan gelang
perkahwinan kepada Wan Maimunah di Johor Bahru, semalam. - Foto Mohamad
Shahril Badri Saali
Johor Bahru: Dengan mas kahwin lafaz membimbing ke jalan diredhai
Allah hingga ke akhir hayat, pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul
Aziz, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Makpol Saimon.
Majlis pernikahan Wan Maimunah, 60, dengan Makpol, 53, yang juga usahawan terkenal di negeri ini dan memiliki rangkaian restoran dikenali Kacang Pool Haji, diadakan di sebuah hotel dekat sini. Pasangan pengantin dinikahkan Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ), Makhadzir Abdan dengan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah,52.
Pasangan pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah berkenaan yang dihadiri kira-kira 250 ahli keluarga dan rakan terdekat.
Sejurus diijabkabulkan, Makpol yang kelihatan sebak menitiskan air mata ketika berpelukan bersama kenalan dan ahli keluarga yang berada di sisinya sepanjang majlis berkenaan.
Pada majlis itu, Makpol turut menyarung cincin di jari isterinya ketika acara membatalkan air sembahyang sebelum diteruskan dengan majlis persandingan di hotel sama.
Ketika ditemui, Wan Maimunah yang membahasakan dirinya sebagai ibu, menyuarakan rasa syukur kerana majlis akad nikah berjalan lancar, selain berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.
Mas kahwin unik
Ditanya mengenai mas kahwin yang unik dan tidak membabitkan wang ringgit, beliau berkata, ia adalah permintaannya sebagai simbol hasratnya untuk hidup berbahagia sehingga akhir hayat.
Ibu tidak sangka di usia begini, masih ada yang sudi menjadi teman hidup. Ibu bukan mahukan wang ringgit dan harta dunia tetapi ingin menumpang kasih...sebab itu ibu tidak minta duit sebagai mas kahwin.
Diberi puluhan ribu sekalipun ia akan hapus, tetapi tunjuk ajar ke jalan Allah bertahan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada yang terus mendoakan kebahagiaan ibu, katanya.
Pasangan itu bertemu ketika menghadiri majlis ulang tahun seorang rakan mereka Oktober lalu sebelum anak angkat Wan Maimunah, Dr Fairus Jamaludin menjadi orang tengah menyampaikan hasrat ahli perniagaan terbabit selepas lima hari berkenalan.Berita Harian

Anda butuh angka ghoib 2d 3d 4d singapura/hongkong yang di jamin tembus selama 5 kalli putaran silahkan hubungi eyang woro manggolo di 0823-9177-2208 atau anda bisa karna saya sudah menbuktikannya,terima kasih. الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
ReplyDelete