Tuesday, December 17, 2013

Wanita Ini Sangat Kecewa Kerana Cincin Tunang Terlalu Kecil

 17 Desember 2013

Saat bertunang adalah momen yang paling bahagia   pada setiap wanita. Tetapi wanita ini  lain dari yang lain. Dia marah dan sedih kerana cincin pertunangannya yang terlalu kecil.
Mellycosn, berusia 22 tahun  adalah seorang wanita  dari   Jepun. Melly bermasalah dengan cincin pertunangan yang diberikan oleh kekasihnya yang berusia 25 tahun kerana   berliannya terlalu kecil. Melly bahkan siarkan dalam forum pada sebuah web Osihiete Goo  untuk bertanya pendapat umum. Tak ke pelik namanya.

Wanita ini menulis di forum itu yang dia merasa malu pada teman-temannya kerana cincin tersebut. Meskipun keluaran dari jenama ternama, Tiffany namun cincin tersebut hanya mempunyai   0.24 karat. Dia merasa bingung akan hal ini sehingga meminta tolong pada pembaca melalui surat yang dia tulis.

Dia merasa sangat sedih memikirkan apa yang akan dikatakan oleh teman-temannya ketika mengetahui kecilnya  berlian pada cincin ini. Dia  rasa teman-teman dan keluarganya akan menyindirnya kerana hal ini. Cincin ini membuat emej dirinya jatuh.

Kata Melly,dia dikelilingi oleh orang-orang yang ingin melihatnya jatuh kerana irihati. Inilah hal yang membuatnya sangat kecewa dengan cincin pertunangannya ini. 

No comments:

Post a Comment