Malaysiakini Jan 10 2014
Sekurang-kurangnya 26 barangan,
perkhidmatan dan komoditi akan menyaksikan kenaikan harga selepas
kitaran penuh kenaikan harga barangan dilaksanakan, menurut profesor
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Bercakap dalam forum membincangkan perkara itu di Shah Alam semalam,
profesor ekonomi itu Amir Husin Baharudin berkata, barangan asas seperti
daging dan sayur juga akan terlibat sama.
Beliau bagaimanapun tidak menyenaraikan kesemua 26 barangan itu.
Amir (kanan) juga memasukkan tambang LRT dan kenaikan kadar tol yang dijangkakannya akan berlaku tidak lama lagi, walaupun belum diumumkan.
Katanya, walaupun memahami kedudukan kerajaan ekoran keperluan menampung
kos ekoran sumber tenaga bertambah mahal, kerajaan tidak lagi melihat
kepada kebajikan orang ramai.
No comments:
Post a Comment