Sunday, January 26, 2014

29 Orang Terbunuh dalam Rusuhan Peringatan Jatuhnya Hosni Mubarak

26 Jan 2014
Jakarta - Sebanyak 29 orang terbunuh dalam peringatan tiga tahun kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, di Mesir, Sabtu (25/1) waktu setempat. Sementara itu ratusan orang lainnya cedera.

Seperti laporan AFP, pada 26/1/2014 , Jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir Ahmed Kamel memberikan keterangan, dari 29 orang yang terbunuh, seramai 26 orang meregang nyawa di sekitar Ibu Kota Mesir, Kaherah. Peringatan yang diwarnai tunjuk perasaan itu juga mengakibatkan 168 orang cedera.

|Rusuhan itu terjadi ketika pihak polis  dan massa pro pemerintahan tentera Jenderal Abdel Fattah Al Sisi bertempur dengan penyokong Mohamed Morsi. Morsi sendiri telah digulingkan dari kerusi presiden  pada Julai 2013.

Salah seorang mangsa yang terbunuh merupakan anggota gerakan 6 April yang mempelopori pemberontakan terhadap Mubarak dan sekaligus melawan Morsi. Menyusul kematian orang-orang itu, kemudian polis  menangkap 725 yang dipercayai terlibat dalam tunjuk perasaan  maut itu.

Massa yang berkumpul di Dataran Tahrir terus meneriakkan yel-yel pro pemerintahan tentera. Mereka juga mengusung bendera bergambar Jenderal Al-Sisi.

"Rakyat ingin Ikhwanul dihabisi," kata para demonstran bernyanyi.

Pemerintah dan tentera elite mengisyaratkan sokongan massa yang nampak itu merupakan pertanda baik dari pencapresan Sisi yang dirancang dilaksanakan tahun ini.

Sebelum  rusuhan berdarah ini meletus, Kairo   digoncang ledakan bom yang menyebabkan kematian enam orang. Ledakan ini diakui merupakan aksi dari kelompok ekstrim dari Sinai.

Satu jam sebelum  usuhan peringatan Hosni Mubarak itu, sebuah bom kecil juga meletup di pusat pelatihan polis  di utara Kaherah. Ledakan ini menyebabkan seorang terluka. Tak lama berselang, 16 orang cedera kerana ledakan bom kereta   dekat markas polis Suez.detikNews

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir dilaporkan selamat dan tidak terlibat dalam insiden letupan bom di Kaherah awal pagi kelmarin.
         
Kementerian Luar dalam kenyataan di sini, semalam menyatakan rakyat Malaysia telah dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan keselamatan yang dikemas kini dan diedarkan oleh pihak Kedutaan Besar dan pihak berkuasa tempatan.
           
Berikutan keadaan keselamatan tidak menentu dan suasana politik di Mesir masih bergolak, Wisma Putra turut mengulangi nasihat perjalanan yang dikeluarkan sebelum ini dengan menyeru rakyat Malaysia supaya menunda dan menjadualkan semula rancangan perjalanan mereka yang kurang penting ke Mesir.
           
Selain itu, Wisma Putra akan terus menyelaras dan berhubung dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah untuk memantau situasi berkenaan secara dekat.
           
Malaysia turut menyuarakan kekesalan terhadap kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden itu dan menggesa semua pihak supaya tidak terlibat dalam sebarang bentuk keganasan.
           
Semalam, tiga letupan bom menggegarkan Kaherah menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh, ketika rakyat negara itu bersiap sedia memperingati ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat pada 2011. - Bernama

No comments:

Post a Comment