Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
Ipoh: Tindakan seorang bekas polis bantuan merompak seorang lelaki
dengan bersenjatakan parang panjang pagi semalam, mengundang padah
apabila dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk yang melihat kejadian
itu.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, suspek berusia 24 tahun dikatakan cuba
melakukan samun bersama dua rakan di Bandar Pengkalan Indah, Simpang
Pulai, di sini.
Sumber polis berkata, suspek yang menaiki motosikal dikatakan
menyerang mangsa berusia 31 tahun yang menunggu rakan di depan sebuah
kedai.
Menurutnya, suspek menghunuskan parang dan cuba merentap rantai emas dipakai di leher mangsa ketika itu.
Menurutnya, suspek menghunuskan parang dan cuba merentap rantai emas dipakai di leher mangsa ketika itu.
ORANG awam mengikat tangan suspek.
“Bagaimanapun, mangsa bertindak berani apabila cuba merampas parang penjenayah sebelum berlaku pergelutan.myMetro
No comments:
Post a Comment