Sunday, January 26, 2014

PKNS salahtafsir keputusan Exco, kata Khalid

25 Jan 2024

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah salahtafsir keputusan mesyuarat Exco, yang mengakibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali digugurkan daripada syarikat kerajaan negeri itu.

Katanya, mesyuarat Exco tidak pernah menyatakan Amin digugurkan daripada lembaga pengarah PKNS, tetapi pegawai-pegawai tertentu dari syarikat tersebut telah mentafsirkannya sedemikian.

"PKNS kata beliau (Amin) telah memulangkan kenderaan (syarikat), itu
laporan dari PKNS, bukan kita (Exco)".

Jadi, katanya, ia dicatatkan sedemikian (dalam minit mesyuarat Exco) dan tidak ada perbincangan lanjut mengenainya, yang lainya akan difikirkan kemudian.

"Tetapi, PKNS mentafsirkannya berbeza daripada kita, jadi semua ini berlaku," katanya kepada wartawan selepas mengedarkan limau Mandarin di sebuah pasar di Bandar Tun Razak pagi ini.

Beliau merujuk kepada minit mesyuarat Exco pada 14 November tahun lepas yang menyatakan kedudukan Azmin akan dikaji walaupun tiada keputusan dibuat.

Bagaimanapun, mesyuarat exco itu telah digunakan sebagai asas oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar untuk menggugurkan Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dalam surat bertarikh 8 Januari yang ditandatangani olehnya.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment