Merdeka.com - Pemimpin
Republik Chechnya Ramzan Kadyrov dua hari lalu mengatakan setiap
orangtua menamai bayi mereka Muhammad, mengikuti nama nabi SAW, akan
diberikan hadiah wang sebanyak $1,000.
Inisiatif itu diumumkan untuk menandakan peringatan kelahiran Nabi
Muhammad SAW kelmarin, seperti dilansir stesyen televisyen Al Arabiya, Selasa
(14/1), mengutip laporan situs berita berbasis di Moskow RIA Novosti.
Di media sosial Instagram, Kadyrov mengatakan bahawa ibunya lah yang
berada di balik idea itu dan secara peribadi menaja amal yang akan
memberikan hadiah wang tersebut.
"Hadiah ini tidak terbatas kepada siapa saja yang menamakan bayinya dengan nama Muhammad," kata Kadyrov.
Dia juga menambahkan bahawa siapa saja yang menamai bayi mereka
mengikuti nama dari salah satu isteri nabi, anaknya, dan sepuluh sahabat
nabi juga akan menerima hadiah $1,000.
No comments:
Post a Comment