22 Jan 2104
Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap
ALOR STAR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan
kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah
kepada BN berikutan isu kos sara hidup.
Menurut beliau, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak
cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam
pilihanraya umum akan datang.
“Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang,” kata beliau dalam
satu majlis anjuran Umno Bahagian Merbok di sini Sabtu lalu.
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Merbok menambah tol tidak perlu
dinaikkan sebaliknya mengkaji semula perjanjian konsesi untuk
melanjutkan tempoh masa.
“Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu
diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat
nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya lagi.
Daim mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak
patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.
Beliau berpendapat kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi kenaikan harga barang.
Tambahan pula katanya, menteri gagal menjelaskan isu ini kepada rakyat yang menyebabkan rakyat lebih marah kepada kerajaan.
“Najib selaku Menteri Kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara,” katanya lagi.
Beliau yang juga bekas Bendahari Umno mendakwa ketika negara di landa
banjir, Najib dan lain-lain menteri bercuti di luar negara.
“BN masih kuat kerana sokongan orang Melayu di luar bandar. Sepatutnya
orang Melayu yang perlu mendapat manfaat daripada kerajaan,” saran
beliau.
Daim mendakwa perbelanjaan besar dalam perkara-perkara mengambil hati
kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan Najib kerana orang Cina
tidak akan menyokong BN.
Sepatutnya, tambah beliau, Najib menjaga orang Melayu.
“Najib terlalu mengikut kehendak para penasihatnya dalam menentukan dasar yang merugikan orang Melayu sendiri,” tegasnya lagi.
Salah tu Tun. Najib adalah PM yang paling cekap menguruskan kewangan negara ialtu dengan membelanjakan wang rakyat untuk berseronok2 melancung ke sana sini bersama bininya.
ReplyDelete