Wednesday, January 22, 2014

Laporan polis terhadap Dewi Soekarno kerana menampar wanita ketika rakaman televisyen

22 Jan 2014
 
 Dewi Soekarno (Epoch Times)
Tokyo, - Polis Jepun sedang menyiasat kes penamparan yang dilakukan salah seorang janda almarhom mantan Presiden RI Soekarno, Dewi Soekarno. Sosialita Jepun itu dituduh menampar seorang wanita berumur 33 tahun ketika rakaman  televisyen awal bulan ini.

Balai Polis Seijo di kawasan Setagaya, Tokyo menerima laporan dari wanita tersebut pada 15 Januari lalu. Insiden itu sendiri terjadi pada 9 Januari lalu. Demikian seperti diberitakan Kyodo News, Rabu (22/1/2014).

Menurut polis , wanita yang tidak disebutkan namanya itu mengaku telah ditampar Dewi sebanyak tiga kali ketika mereka dan orang-orang lainnya tampil dalam acara rakaman "Okusama wa Monster" di sebuah studio Setagaya.

Pihak stesyen televisyen TBS yang menerbitkan program acara tersebut telah menayangkan episode tersebut namun memotong adegan ketika Dewi menampar wanita tersebut. Pihak TBS pun menolak berkomentar atas kes ini.

"Kami tak akan memberikan komentar apapun kerana kami sedang mengamati situasi," ujar jurucakap TBS.

Sejauh ini belum ada komentar dari Dewi yang bernama lengkap Ratna Sari Dewi Soekarno itu. Dilahirkan dengan nama Naoko Nemoto, wanita kelahiran Tokyo, Jepun pada 6 Februari 1940 itu menikah dengan Soekarno pada 3 Mac 1962.  detikNews

No comments:

Post a Comment