Tuesday, January 14, 2014

Doktor dihukum mati kerana culik dan jual bayi pesakitnya

14 Jan 2014

 Zhang Shuxia (Foto: Reuters)  
Zhang Shuxia (Foto: Reuters)
BEIJING – Seorang doktor, Zhang Shuxia dari Wilayah  Shaanxi, China dihukum mati kerana terbukti bersalah menculik dan menjual tujuh bayi pesakitnya.

Zhang menjual bayi pesakitnya pada November 2011 dan Julai 2013. Dia bersekongkol dengan geng penjenayah dalam melakukan jenayahnya.

“Zhang menggunakan kedudukannya sebagai doktor di rumah sakit untuk menipu orangtua bayi. Aksinya menculik dan menjual bayi melanggar kode etika dan undang-undang yang berlaku,” sebut keputusan mahkamah, seperti dikutip BBC, Selasa (14/1/2014).

Aksi Zhang terungkap petugas pada Ogos. Orangtua yang curiga melaporkan doktor tersebut kepada pihak keselamatan.

Praktik perdagangan bayi marak di China khususnya bayi laki-laki. Undang-undang menghadkan  satu anak di China membuat warganya mencari anak laki-laki yang boleh meneruskan nama keluarganya. (ade)

No comments:

Post a Comment