Tuesday, January 14, 2014

MB: Peruntukan tambahan untuk bola S'gor

14 Jan 2014

 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menyatakan kesediaannya untuk menambah tajaan kepada pasukan Selangor untuk kempen tahun 2014.

Khalid, yang menerima banyak kritikan ekoran kekurangan tajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), menegaskan bahawa penambahan tajaan itu adalah tertakluk kepada prestasi pasukan Selangor.

"Dana ini mahal sebab rakyat punya jadi saya jaga. Ya, kalau perlu kita tambah.

"Keperluan itu (pula) dilihat daripada segi kemajuan yang dibawa," katanya merujuk kepada prestasi pasukan Selangor,” katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas sesi pengenalan pemain dan pegawai serta pelancaran jersi baru petang ini, di Shah Alam.

Beliau turut meletakkan sasaran merangkul sekurang-kurangnya dua piala buat pasukan Selangor dalam tahun 2014, satu tugas mencabar memandangkan pasukan itu sebelum ini menduduki tangga tercorot Kumpulan A kempen Malaysia lalu.

Khalid sebelum ini dikritik Pemuda PAS Selangor yang mendakwa kekurangan tajaan daripada MBI menyebabkan Selangor kehilangan pemain-pemain bintang yang berhijrah ke negeri lain pada musim ini.

Di antaranya adalah bekas kapten, Amri Yahyah yang kini berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim.

Kritikan itu kemudian dijawab Khalid yang memberikan kata dua kepada Pemuda PAS untuk memilih di antara "buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak" memandangkan kerajaan negeri menurutnya telah membelanjakan kira-kira RM7 juta setiap tahun untuk pasukan bola Selangor.

Sementara itu, dalam majlis sebelumnya, pemain pertahanan dengan jersi bernombor 12, Mohd Bunyamin Omar diumumkan sebagai kapten baru Selangor.

Bekas pemain Selangor warga Australia pada era 70-an, Mehmed Durakovic pula secara rasmi diumumkan sebagai pengurus merangkap ketua jurulatih baru

No comments:

Post a Comment