14 Jan 2014
Singapura, myMetro: Seorang lelaki yang berang kerana bekas kekasihnya enggan
berbaik semula menyimbah wanita terbabit dengan petrol sebelum membakar
mangsa.
Mangsa, Mary Yoong Mei Ling, 43, yang mengalami kecederaan melecur 75
peratus di tubuhnya meninggal dunia di hospital 12 jam kemudian.
Lim Ghim Peow, 45, semalam mengaku bersalah di mahkamah tinggi
kerana membunuh Yoong di flat ibu saudaranya di Sengkang pada Mei 2012.
Hakim akan menetapkan hukuman ke atas Lim pada 27 Januari ini.
Hakim akan menetapkan hukuman ke atas Lim pada 27 Januari ini.
Lim - pemandu teksi yang turut membuka pusat perjudian - menjalin
hubungan dengan Yoong yang pernah dipenjarakan di China kerana terbabit
dengan kegiatan pemerdagangan manusia.
Kedua-dua duda dan janda itu mula hidup bersama pada 2008.
Namun, hubungan itu mulai retak apabila Lim mula mengongkong Yoong.
Selepas pasangan itu berpisah pada 2011, Lim merayu agar mereka berbaik semula tetapi mangsa menolak.
Lim yang mengalami kemurungan kemudian memutuskan untuk membakar Yong.
- Agensi
No comments:
Post a Comment