14 Jan 2014
Oleh Iskandar Shah Mohamed
Kuala Lumpur: Perbuatan seorang kakitangan lelaki sebuah syarikat
insurans yang gila seks hingga sanggup mengintai dan merakam video jiran
wanitanya sedang mandi di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Tasik
Permaisuri, Cheras, di sini, terbongkar apabila perbuatan itu dikesan
sebelum dia dicekup polis, Sabtu lalu.
Lebih memalukan lelaki berusia 30-an itu nekad melakukan perbuatan
itu pada siang hari dengan menggunakan telefon bimbit semata-mata
dipercayai mahu memenuhi hobi peliknya yang dikatakan hanya sebagai
koleksi ‘suka-suka’.
Dalam kejadian terbaru itu, lelaki yang sudah berkahwin berkenaan
sempat merakamkan video selama 14 saat dari tingkap bilik mandi rumah
jirannya berusia 20 tahun. Perbuatan lelaki itu disedari mangsa yang
kemudian memaklumkan kepada suaminya.
Suami mangsa yang bengang dengan penjelasan isterinya itu turut membuat laporan polis. Hasil laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium berkenaan mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang juga jiran mangsa yang menetap di blok bangunan sama.

FENDI menunjukkan laporan dan rakaman CCTV.
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Fendi, 33, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada isterinya mengenai kejadian itu. myMetro
No comments:
Post a Comment