Sunday, January 26, 2014

Elak kenyataan ‘kurang bijak’, menteri wajib jalani latihan media


OLEH DIYANA IBRAHIM DAN YISWAREE PALANSAMY January 26, 2014
Najib berharap langkah yang diambil mampu memperbaiki imej para menteri Kabinet di mata rakyat. – Gambar The Malaysian Insider.  
Najib berharap langkah yang diambil mampu memperbaiki imej para menteri Kabinet di mata rakyat. – Gambar The Malaysian Insider.  

Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber.

Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.
"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.The Malaysian Insider
 Read More

1 comment:

  1. Memalukan. Rupa-rupanya masih ramai menteri di Malaysia kena hantar ke sekolah kangkung sebab belum akil baligh.

    ReplyDelete