Sunday, January 19, 2014

Exco: Kontroversi PKNS tak jejas k'jaan negeri

18 Jan 2014

Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Iskandar A Samad yakin bahawa kontroversi membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan menjejaskan kerajaan Selangor.

Semua program Kerajaan Negeri terus berjalan seperti biasa, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Contohnya hari ini saya telah menghadiri majlis dialog Projek Alam Mutiara, Kuala Selangor bersama menteri besar di Stadium Tertutup Kuala Selangor sepertimana yang dirancang.

"Begitu juga program exco-exco juga akan berlangsung sepertimana yang dirancang," kata Iskandar.

Bagaimanapun, beliau yakin kontroversi tersebut akan berakhir dalam masa yang terdekat.

Kontroversi itu juga, tegasnya, tidak akan mengganggu gugat kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor kerana ianya adalah pakatan tiga parti.

"Buat masa ini belum ada keperluan bagi PAS Selangor untuk merujuk perkembangan ini kepada pimpinan PAS pusat," katanya yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

PKNS dilanda kontroversi ekoran keputusan menggugurkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali daripada lembaga pengarah perbadanan tersebut.

No comments:

Post a Comment