Wednesday, January 15, 2014

Gesaan Dr M ke Putrajaya tindakan terdesak, kata Kadir Jasin

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH January 15, 2014
Cadangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali  ke Putrajaya adalah tindakan terdesak, kata Datuk A Kadir Jasin. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Januari, 2014.Cadangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya adalah tindakan terdesak, kata Datuk A Kadir Jasin. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Januari, 2014. Gesaan untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya menunjukkan tekanan semakin meningkat daripada mereka yang mahukan kepimpinan lebih kuat, kata wartawan veteran.
Datuk A Kadir Jasin, bekas Ketua Pengarang New Straits Times berkata, mereka yang muak dengan kepimpinan sedia ada seperti bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin percaya bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu mampu membantu Putrajaya menangani pelbagai isu termasuk ekonomi dan agama.
"Ia bukan cadangan tidak masuk akal. Hanya menggambarkan mereka terdesak dalam siatuasi sekarang.

 "Saya tidak fikir mereka serius mahukan Dr M kemballi, tetapi mereka mahukan kepimpinan yang kuat untuk Malaysia pada masa ini," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Kadir berkata, cadangan berkenaan diutarakan berikutan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak mengecewakan ramai penyokong Barisan Nasional (BN) dan Umno disebabkan kepimpinan beliau yang lemah.
"Sebelum ini, blogger pro-Umno sangat kritikal dengan Tun Abdullah Badawi. Apa yang berlaku, mereka menyumbang kepada prestasi BN yang mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum 2008.
"Ketika Najib mengambil alih, mereka yakin dan berharap beliau akan melakukan lebih baik. Namun jelas kepada mereka, beliau lebih lemah dalam banyak aspek,” katanya.
Dalam blognya, The Scribe, Kadir pernah berkata Najib tidak boleh dikritik.
"Najib dan penasihatnya ketika pilihan raya menjanjikan harga barang tidak akan naik. Jadi, siapa yang mungkir janji," soalnya merujuk kepada peningkatan harga barang.

Menjelaskan kritikannya terhadap kepimpinan sedia ada, Kadir, 66, berkata beliau bukanlah "menentang BN."
"Sebaliknya saya menentang apa yang mereka buat dan tidak melaksanakan yang akan mengancam negara. Saya katakan perkara yang perlu diperbaiki.
"Saya kritikal kerana berdasarkan apa yang kita tahu, ekonomi berada dalam keadaan yang membimbangkan," katanya.
Kadir berkata, masa depan Malaysia suram berikutan peningkatan hutang isi rumah termasuk peningkatan inflasi dan lonjakan harga barangan keperluan asas.

"Ia bukan gambaran yang baik untuk kita. Kerajaan cuba paparkan gambaran yang baik, namun situasinya lebih teruk daripada apa yang kita boleh bayangkan.
"PM terus mengulangi ekonomi kita lebih kukuh berbanding negara lain tapi nilai ringgit kita pula semakin jatuh. Bagaimana perkara itu boleh berlaku,” katanya.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata hutang persekutuan meningkat dua kali ganda sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

"Dengan hutang peribadi kini mencecah 83% daripada KDNK, keseluruhan hutang yang perlu ditanggung bagi generasi akan datang mencecah 140% daripada KDNK," katanya pada tahun lalu.
Kadir juga menggesa Najib untuk "berubah" dan tiba masanya kini beliau mendengar pendapat rakyat.

"Beliau perlu mendengar nasihat mereka yang lebih tua dan membuktikan konsultannya berbaloi,” katanya.
Beliau merujuk tabiat Najib gemar merujuk perunding swasta sebagai pengkaji, yang menelan perbelanjaan kerajaan sehingga RM7.2 bilion sejak lima tahun lalu, termasuk RM20 juta pembayaran kepada McKinsey and Co untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan.

"Ketika Abdullah berdiam diri, kita gelarkannya 'pendiam yang elegan'. Namun sekurang-kurangnya pada masa itu jentera politik dan medianya menjawab segala kritikan terhadapnya.
"Namun Najib hanya membisu. Malah, jentera Umno juga tidak mempertahankannya. Malah tiada sebarang menteri yang memberikan kenyataan terhadap isu ini,” katanya.
Katanya, Najib dan kepimpinan BN perlu sedar sentimen anti BN semakin berkembang dengan jelas selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.  – January 15, 2014.The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment