15 Jan 2014
Bangkok, myMetro: Ribuan kakitangan perubatan menyertai demonstrasi antikerajaan dan mengepung satu daripada kawasan utama ibu negara Thai iaitu persimpangan Lat Phrao.
Mereka menuntut pembaharuan politik sebelum pilihan raya diadakan dan
penubuhan mekanisme berkecuali untuk menyelia proses berkenaan serta
mencegah rasuah dalam sistem demokrasi.
Kumpulan kakitangan perubatan itu berkata, pilihan raya 2 Februari
perlu ditunda dan kerajaan sementara diketuai Yingluck Shinawatra perlu
berundur bagi memberi laluan kepada pembaharuan politik.
Jurucakapnya berkata, jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan mereka,
penunjuk perasaan akan meningkatkan demonstrasi untuk menggulingkan
pentadbiran Yingluck.
Kumpulan itu diketuai bekas pegawai kanan
kementerian kesihatan dan pakar perubatan, termasuk bekas Menteri
Kesihatan Dr Mongkol na Songkla yang dilantik pada 2006.
Sementara itu, Setiausaha Kementerian Kesihatan Awam, Dr Narong
Sahamethapat berkata, kementeriannya akan memantau rapat sebarang
keganasan di tiga lokasi demonstrasi politik iaitu Buri Ram, Phitsanulok
dan Ayutthaya.
- Agensi
- Agensi
SEORANG
kakitangan kerajaan menutup telinga ketika rakannya meniup wisel
sebagai tanda sokongan terhadap demonstrasi di Bangkok.
No comments:
Post a Comment