myMetro 15 Jan 2014
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
Kuala Lumpur: Jika sebelum ini pelanggan di kedai mamak hanya perlu
membayar RM2.70 untuk menikmati segelas teh tarik dan roti canai kosong,
jangan terkejut jika harganya berubah menjadi RM3.11 menjelang Mac
depan.
Harga baru yang dinaikkan sekitar 18 ke 23 sen itu adalah anggaran
kasar sekiranya kira-kira 6,000 pemilik restoran di bawah Persatuan
Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menaikkan harga makanan
sehingga 15 peratus.
Ia berdasarkan cadangan persatuan itu yang mahu menggunakan harga
makanan dan minuman baru dengan tambahan antara lima hingga 15 peratus
sebagai menampung peningkatan kos operasi.
Sekiranya ia dikuatkuasakan, hidangan yang menjadi pilihan kebanyakan orang seperti nasi campur, mi goreng mamak dan maggi goreng ayam akan turut berdepan kenaikan antara 75 sen ke RM1.50.
Sekiranya ia dikuatkuasakan, hidangan yang menjadi pilihan kebanyakan orang seperti nasi campur, mi goreng mamak dan maggi goreng ayam akan turut berdepan kenaikan antara 75 sen ke RM1.50.
KENAIKAN harga makanan di kedai mamak masih dalam kajian dan perbincangan.
Presiden PRESMA Noorul Hassan Saul Hameed ketika diajukan perkara itu berkata, pihaknya sekadar mengemukakan cadangan terbabit berdasarkan situasi semasa, namun hingga kini masih belum membuat sebarang keputusan.
No comments:
Post a Comment