21 Jan 2014
SETIAWANGSA: Mahkamah
Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam dikejutkan apabila seorang
wanita menafikan dirinya isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak sedangkan lelaki itu
memfailkan permohonan cerai terhadapnya.
Azma
Azifazilla Azan, 28, nafi pernah bernikah dengan ahli politik itu ketika
prosiding kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli
Jamaludin, semalam.
Wan
Amizan memfailkan permohonan cerai itu pada Disember lalu mengikut
Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Semalam,
beliau memfailkan pula permohonan memfarakkan (membubarkan) pernikahan
Azma Azifazilla dengan seorang lelaki bernama Rizal Md. Radzi, 40,
kira-kira empat bulan lalu mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen
Pentadbiran.
Bagi kes ini, Wan Amizan selaku plaintif menamakan Azma sebagai defendan pertama dan Rizal sebagai defendan kedua.
Peguam
Mohd Isa Abd Ralip yang mewakili ahli politik itu berkata, anak guamnya
membuat permohonan untuk membubarkan pernikahan terhadap Azma dan Rizal
kerana mendakwa dirinya masih suami yang sah kepada wanita itu.
Bagaimanapun
Azma Azifazilla membuat bantahan dengan menafikan dia pernah berkahwin
dengan plaintif, maka tidak perlu untuk plaintif memfailkan permohonan
cerai.
Berdasarkan
pertikaian berkenaan, mahkamah mencadangkan supaya defendan memfailkan
pembelaan atau mengemukakan bantahan awal sekiranya berpandangan
tuntutan plaintif tidak relevan sekaligus memasukkan pembelaan terhadap
tuntutan atau mengemukakan bantahan awal secara bertulis kepada mahkamah
sebelum kes itu diteruskan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari depan, pada masa sama, memerintahkan wanita itu melantik peguam.
Sementara
itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Azma Azifazilla dan Rizal
memberitahu media, mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu
Langat.
Wan
Amizan dikatakan menikahi Azma sebagai isteri kedua beberapa tahun lalu
di Thailand dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.
No comments:
Post a Comment