Tuesday, January 21, 2014

'Potong' bajet RM12j Kolej Felda dipersoal

Jan 21 2014

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempersoalkan cadangan pemotongan bajet berjumlah antara RM16 dan RM17 juta setahun bagi empat Kolej Felda kepada RM5 juta sahaja pada tahun ini.

Presidennya Mazlan Aliman berkata jumlah peruntukan terbaru itu tidak mampu untuk menampung empat operasi kolej Felda di Trolak di Perak, Kelana Jaya (Selangor), Mempaga (Pahang) dan Raja Alias di Negeri Sembilan, sekali gus dilihat usaha menutup kolej itu.

"Sebelum ini Felda telah menandatangi dia MOU (memorandum persefahaman) dengan dua kolej di UK (United Kingdom) sebagai (program) lanjutan daripada Kolej Felda. Ditawarkan kursus insentif Bahasa Inggeris.

"Apabila dua MOU ditandatangani, tiba-tiba peruntukan kolej (akan) dipotong. Jumlah RM5 juta bagi empat kolej ini adalah petunjuk kepada penutupan kolej itu. Saya tidak nampak ia dapat menampung (operasi) sedia ada," katanya.

Mazlan berkata beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman Felda.

Bagaimanapun, Mazlan berkata pihaknya kini sedang menunggu keputusan berhubung cadangan itu yang akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Felda.

"Ia bukan isu pemotongan bajet (sahaja), malah dengan jumlah anak peneroka yang mencecah setengah juta, kolej Delda hanya boleh menampung 850 hingga 1,000 pelajar cemerlang untuk empat lokasi tadi.

"Sepatutnya, Felda menambah jumlah Kolej Felda di tujuh lagi wilayah Felda... Tambah kolej Felda, tambah peruntukan dan naik taraf," katanya.Malaysiakini

No comments:

Post a Comment