09 Jan 2014
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohd Hafizee Arop
Ampang: Wajah menarik dan susuk tubuh menawan tidak semestinya
membawa bahagia kepada seorang wanita kerana tanpa pertimbangan
bijaksana dalam membuat keputusan, badan pasti merana ditimpa derita
berpanjangan.
Itu nasib seorang wanita mahu dikenali sebagai Zue, 32, bekas
isteri aktor popular tanah air suatu ketika dulu yang kini hidup dalam
ketakutan apabila diperangkap teman lelaki yang terbabit dalam sindiket
pengedaran dadah.
“Apa yang menimpa diri saya boleh diibaratkan seperti keluar mulut
buaya masuk mulut harimau. Dulu, ketika berkahwin dengan bekas suami
yang juga pelakon dan model popular, saya sering dipukul.
“Kini, saya diperalat pula teman lelaki untuk menemaninya berurusan dengan pengedar dadah,” kata ibu tunggal beranak dua itu yang sebelum ini turut terbabit secara tidak langsung dalam industri hiburan.

ZueZue berkata, selepas bercerai dengan bekas suaminya dia bekerja di sebuah kelab malam di ibu kota dan ketika itulah dia berkenalan dengan teman lelakinya itu iaitu pada awal 2012.
myMetro
No comments:
Post a Comment