Thursday, January 23, 2014

PAC: Beli alat penyelamat RM50j satu pembaziran

Malaysiakini 23 Jan 2014

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) menganggap pembelian 116 unit alat penyelamat bernilai RM50 juta oleh Jabatan Bomba atas arahan Kementerian Kewangan (MOF) merupakan satu pembaziran.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau mahu MOF memberi kenyataan segera kerana memberi arahan dan mengeluarkan dana pembelian secara rundingan terus alat pemotong bernama "CCS Cobra Cutting Extinguisher E300" dari syarikat Asas Jaya Sdn Bhd dianggap tidak penting dan tidak digunakan sepenuhnya oleh Bomba.

"Bomba berkata mereka tidak memerlukan peralatan tersebut.

"Kami (PAC) anggap ia (pembelian) itu satu pembaziran," kata beliau dalam sidang media di parlimen hari ini.

Timbalan ketua pengarah bomba Datuk Mahadi Mat Ali memberi keterangan kepada PAC atas laporan ketua audit negara 2012.

No comments:

Post a Comment