Saturday, January 11, 2014

PBB: Pengharaman Comango satu tindak balas

11 Jan 2014  MK

Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan kerajaan Malaysia mengharamkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Jurucakapnya, Rupert Collville berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB melihat tindakan itu sebagai tindakan balas terhadap Comango kerana mengambil bahagian dalam mekanisme hak antarabangsa Semakan Berkala Sejagat (UPR).

“Setiausaha Agung, Majlis Hak Asasi Manusia dan Pesuruhjaya Tinggi Navi Pillay berterusan menggesa perlindungan bagi individu dan anggota kumpulan yang bekerjasama dengan PBB, wakilnya dan mekanisme dalam hak asasi manusia daripada tindakan gangguan atau pembalasan,” katanya.

Collville juga menggesa kerajaan Malaysia supaya meminda Akta Pertubuhan 1966 supaya aktivis hak asasi manusia dan organisasinya dalam beroperasi dengan bebas.

“Pastikan mereka dapat menjalankan aktiviti yang sah tanpa gangguan dan ugutan,” katanya dalam nota taklimat yang dihantar kepada media hari ini.

Pada 8 Januari lalu, Kementerian Dalam Negeri telah mengisytiharkan Comango sebagai haram kerana majoriti NGO dalam gabungan itu tidak berdaftar dan didakwa memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada agama Islam.

[Baca berita penuh]
http://beta.malaysiakini.com/news/251509

No comments:

Post a Comment