Saturday, January 11, 2014

Tentera AS Tak Sengaja Tembak Mati Kanak-kanak Afghanistan

  10 Jan 2014
 
Gambar hiasan(AFP)
Kabul - Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dilaporkan terbunuh  dalam serangan tentera Amerika  di Afghanistan.Kanak-kanak lelaki  ini tak sengaja tertembak mati oleh tentera AS di negara tersebut.

Insiden ini semakin menambah ketegangan antara AS dengan Afghanistan pasca penolakan Presiden Hamid Karzai menandatangani perjanjian keselamatan bilateral dengan AS. Perjanjian tersebut akan membuka jalan bagi keberadaan tentera AS di Afghanistan, pasca penarikan besar-besaran tentera asing di negara tersebut akhir tahun ini.

AS menyatakan, tenteranya tidak boleh tetap tinggal di Afghanistan tanpa adanya perjanjian tersebut. Sepeninggal tentera AS, pasukan keselamatan Afghanistan akan berjuang sendirian melawan Taliban yang terus melancarkan serangan pengganasnya.

Sedangkan Presiden Karzai menginginkan agar AS mengakhiri seluruh operasi tenteranya di wilayah Afghanistan. Karzai menyebut operasi tentera AS tersebut dilakukan secara sepihak dan hanya memicu ramainya terbunuh awam.

"Yang kami serukan adalah ... mengakhiri operasi tentera NATO/ISAF secara keseluruhan di rumah-rumah dan desa-desa demi menghindari pembunuhan semacam ini, ketika anak tak berdosa atau orang awam menjadi korban," ujar jurucakap Presiden Karzai, Aimal Faizi memberi komen tentang keamatian kanak-kanak  4 tahun tersebut, seperti dilansir Reuters, Jumaat (10/1/2014).

ISAF atau International Security Assistance Force merupakan sebutan bagi pasukan NATO yang bertugas di Afghanistan. Pasukan ini didominasi oleh tentera AS.

Secara terpisah, jurucakap Gubernur Wilayah Helmand yang menjadi lokasi insiden itu menjelaskan lebih lanjut insiden tragis tersebut. Menurut juru cakap tersebut, Marine AS yang bermarkas di wilayah tersebut tak sengaja menembak budak malang itu pada Rabu (8/1) kelmarin. Insiden tersebut terjadi kerana jarak pandang yang buruk ketika  kejadian.

"Ketika cuaca   berdebu, pasukan Marine yang bermarkas di sana mengira kanak-kanak itu sebagai musuh dan melepas tembakan. Akibat dari tembakan yang keliru tersebut, kanak-kanak itu terbunuh," terang jurucakap bernama Omar Zwak tersebut.

Sementara itu, menanggapi insiden ini, jurucakap tentera NATO menyatakan pihaknya masih melakukan penyiasatan. Menurut NATO, semua langkah pencegahan dilakukan untuk menghindari kematian orang awam  .detikNews

No comments:

Post a Comment