Friday, January 10, 2014

Pelik.Ada Botol dan Dawai di Dalam Perut Lelaki Ini

  10 Januari 2014 
 
Daily Mail Hasil pemeriksaan sinar X di rumah sakit kota Fuzhou, China terhadap seorang lelaki yang menderita sakit di perutnya menunjukkan sebuah botol dan dawai 
BEIJING. Seorang lelaki di China pergi ke sebuah rumah sakit di Fuzhou, wilayah Fujian akibat rasa sakit luar biasa yang menyerang perutnya.

Dalam pemeriksaan,lelaki  itu mengaku tak mengetahui penyebab sakit perutnya itu. Akhirnya untuk mengetahui kondisi perutnya doktor memutuskan untuk melakukan pemeriksaan sinar X.

Hasil pemeriksaan sinar X itu sangat mengejutkan para doktor dan tentu saja si pesakit. Bagaimana tidak, hasil foto rontgen menunjukkan terdapat sebuah botol dan seutas dawai di dalam perut lelaki tersebut.

Akhirnya lelaki tersebut mengaku memasukkan botol itu melalui anusnya, namun kemudian dia tak boleh mengeluarkannya.

Di tengah kepanikan, lelaki itu kemudian menggunakan dawai untuk "memancing" botol yang berada di perutnya itu namun gagal.

Tak ada pilihan lain, doktor akhirnya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan botol dan dawai itu dari perut lelaki tersebut.

Ketika melakukan pembedahan doktor menemui akibat masuknya botol dan dawai itu, usus lelaki tersebut terluka di beberapa tempat. Sejauh ini belum diperoleh khabar berita soal keadaan lelaki tersebut setelah menjalani pembedahan.

Selain itu belum diperoleh maklumat yang jelas latar belakang peristiwa yang membuat lelaki itu   memasukkan sebuah botol melalui anusnya.  KOMPAS.com
 
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Daily Mail

No comments:

Post a Comment