Monday, January 13, 2014

Pentingnya menteri belajar komunikasi

  • Pentingnya menteri belajar komunikasi 
  •  Rakyat yang tertekan perlu dipujuk dan ditenangkan.
SEORANG timbalan menteri, ketika menjawab kritik umum terhadap dirinya, membalas dengan kenyataan Twitter: “saya tidaklah bodoh sangat ...”
Selain daripada itu, beliau juga menyatakan fakta mengenai kelulusan akademiknya yang memiliki ijazah pertama dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari luar negara untuk membuktikan “saya tidaklah bodoh sangat ..”.
Dalam komunikasi awam, apakah tindakan itu perlu lagi sesuai bagi seseorang ahli politik untuk mematikan kritikan liar yang dihadapi?


Ataupun, apakah tindakan seumpama itu hanya mengundang kritikan yang lebih pedas?

Kesannya kita maklumi.

Ya, ahli politik berkenaan memang benar mempunyai pencapaian  akademik yang tinggi dalam bidangnya sebagaimana yang dinyatakan namun apakah kelulusan yang dimiliki itu cukup untuk menyerlahkan kewibawaan diri dan kepimpinannya, sekali gus membuatkan beliau disegani selain kenyataan atau keputusan yang dibuatnya juga dihormati?


Hal timbalan menteri itu hanya salah satu contoh kelemahan komunikasi atau keupayaan perhubungan awam ahli politik masa kini yang semakin menjadi isu.

Bagi sesetengah pihak, hal ini mungkin dianggap remeh, apa lagi bagi mereka yang beranggapan bahawa kerajaan yang memerintah tidak mungkin akan tumbang dalam masa beberapa dekad akan datang.
Ini  kerana budaya orang Melayu yang dianggap sebagai bangsa yang mudah lupa, diyakini akan terus beri peluang kepada kerajaan sedia ada untuk terus memerintah apabila diumpan wang (BR1M) menjelang pilihan raya.
Emosi

No comments:

Post a Comment