13 Jan 2014
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris
Ipoh: Gara-gara berang apabila kad juruwang automatik (ATM) miliknya
ditelan mesin ATM, seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak
memecahkan tujuh mesin ATM menggunakan sebilah pisau di sebuah bank di
pekan baru Menglembu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun berasal dari Taman Pinji Mewah Lahat dekat sini, akhirnya diberkas polis di bank berkenaan.
Sumber polis berkata, lelaki berkenaan yang dalam keadaan mabuk pergi ke bank itu untuk mengeluarkan wang sebelum usahanya tidak berhasil menyebabkan dia marah lalu ‘mengamuk’ dengan memecahkan hampir semua skrin mesin ATM di premis itu.
“Lelaki berkenaan dipercayai memasukkan nombor PIN sebanyak tiga kali untuk mengeluarkan wang di mesin berkenaan, tetapi usahanya itu gagal menyebabkan kadnya ditelan.
“Seorang pelanggan wanita yang turut melakukan urusan di sebuah mesin berkenaan melarikan diri ketika lelaki itu terus memecahkan mesin berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.
myMetro

ANGGOTA polis memeriksa lelaki yang ditahan.
“Seorang pelanggan wanita yang turut melakukan urusan di sebuah mesin berkenaan melarikan diri ketika lelaki itu terus memecahkan mesin berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.
myMetro
No comments:
Post a Comment