Wednesday, January 29, 2014

Penyanyi Ini Tak Boleh Berhenti Kentut

  29 Januari 2014 

Seorang penyanyi Opera Nashville menyaman Pemerintah Federal AS kerana pembedahan caesar yang dilakukan di sebuah markas tentera memberi akibat yang mengancam kerjayanya sebagai penyanyi opera.
Amy Herbs, nama penyanyi itu, dan suaminya, Sersan James Herbs, mengaku jururawat di RS Tentera Blanchfield di Fort Campbell, Kentucky, membuat kesalahan ketika Amy melahirkan puteranya pada Februari 2012.

Kesalahan itu, menurut Amy dan suaminya, dilakukan sang jururawat ketika melakukan episiotomi untuk memperlebar "bukaan" menjelang kelahiran.

Pasangan yang tinggal di Cincinnati itu mengatakan bidan dalam proses itu membuat irisan selama tahap kedua proses kelahiran si jabang bayi.
Namun bidan tidak memberi tahu Amy langkah yang diambilnya. Dalam perkembangannya, seorang jururawat lain mengatakan, usaha untuk memperbaiki irisan tersebut gagal.

Akibatnya Amy mengalami perut kembung yang diikuti buang angin terus-menerus. Demikian yang disampaikan Amy dalam surat samannya.
Dengan kondisi demikian, tidak mungkin bagi Amy untuk melanjutkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi opera.

Web Nashville Opera Company dalam web resminya menyebutkan, Amy Herbst adalah penyanyi dengan suara mezosopran dan dijadualkan tampil dalam pentas Madame Butterfly.
Amy dan suaminya mengajukan saman hukum pada 16 Januari lalu. Mereka menuntut wang ganti rugi sebanyak 2.5 juta dollar AS.

No comments:

Post a Comment