Monday, January 13, 2014

Perhambaan : Gadis 11 Tahun Diseksa dengan Cabai

 13 Jan 2014
 
gambar hiasan (Asia One)
New Delhi - Pasangan suami-isteri di India dicurigai menyeksa pembantu rumah  mereka yang masih berusia 11 tahun. Anak perempuan tersebut dipaksa makan cabai dan kemudian cabai tersebut juga dilumurkan ke tubuh si anak itu sebagai hukuman.

Si suami, Sarjil Ansari (38) yang seorang peniaga tisu ini ditangkap polis  pada akhir minggu kelmarin. Sedangkan isterinya, Farhat masih disiasat oleh  polis etempat. Demikian seperti dilansir AFP, Isnin (13/1/2014).

Seorang polis  yang enggan disebut namanya menuturkan, pasangan ini 'membeli' gadis 11 tahun tersebut dari orang tuanya, sekitar setahun lalu dengan harga 15 ribu. Mereka memberi alasan  akan membesarkan gadis  tersebut dengan baik dan memberinya pendidikan yang layak.

"Rupanya mereka kerap menyeksa dan memukul anak tersebut. Anak tersebut mengeluhkan bahawa dia dipaksa makan cabai, yang juga digosokkan ke tubuhnya," tutur polis  tersebut.

Tindakan keji ini biasa dilakukan ketika si anak mengompol kerana ketakutan atau stres. "Pasangan tersebut kerap mengeraskan suara muzik di rumah mereka untuk meredam teriakan minta tolong anak tersebut," imbuhnya.

Media setempat melaporkan, pasangan tersebut menggosok-gosokan cabai ke alat kelamin anak itu sebagai hukuman. Namun  polis  menyatakan tidak tahu-menahu soal laporan tersebut.

Perbuatan keji ini terbongkar ketika jiran tetangga mangsa  mencurigai ada perlakuan tidak sihat  terhadap anak tersebut. Sehari-hari, anak tersebut memiliki tugas membersihkan dan merawat anak pasangan tersebut yang masih bayi.

Gadis tersebut kini dalam perawatan organisasi nonpemerintah setempat. Kes ini akan segera dibawa ke mahkamah dalam waktu terdekat. detikNews

No comments:

Post a Comment