Seorang
pemimpin Wanita Umno didakwa menerima RM13 juta tanpa berbuat apa-apa
melalui syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd selepas kontrak membina Pusat
Pendidikan Pertahananan Nasional (Puspahanas) dan perjanjian tanah
yang dibuatnya dengan kerajaan dua tahun lalu batal.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata hari ini, syarikat
yang dimiliki Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah bersama Bousted Holding
Berhad sepatutnya memenuhi beberapa syarat sebelum Mac 2013, tiga bulan
selepas perjanjian ditandatangani pada Disember 2013.
"Bagaimanapun sehingga sekarang, tiga syarat di bawah perjanjian
Bousted untuk membeli sekeping tanah di Selangor daripada Awan Megah
telah tidak dipenuhi," katanya.
Syarat yang dimaksudkan termasuk, menandatangani kontrak swasta baru
untuk membina Puspahanas, kelulusan daripada kerajaan Selangor untuk
memindahkan tanah serta penamatan perjanjian usaha sama antara Awan
Megah dan Guppyunip Sdn Bhd.
Rafizi mendedahkan bahawa beliau mendapat tahu tentang syarat-syarat
ini selepas melihat dokumen perjanjian antara Boustead dan Awan Megah
kerana beliau sendiri adalah pemegang saham Boustead.
Kementerian Pertahanan berkata dalam sidang Parlimen pada 10 Oktober
tahun lepas, bangunan itu dianggarkan siap Oktober tahun ini.
Namun mereka juga menyatakan bahawa Awan Megah masih belum mengeluarkan
perjanjian tanah kerana kerajaan Selangor enggan memberikan tanah.
"Oleh kerana perjanjian tanah tidak diberi, pembangunan Puspahanas
diteruskan dengan kontrak yang tidak wujud dan Awan Megah diberi wang
percuma kerana wang deposit sebanyak RM13 juta yang dibayar tidak
dikembalikan," tambah Rafizi.
"Saya sangat hampa dengan Menteri Pertahanan dulu dan sekarang (Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein) yang tidak
mengambil kisah tentang kemarahan rakyat apabila berjuta-juta wang
mereka dibazirkan dalam projek seperti ini.
"Sementara itu, rakyat pula disuruh agar jangan makan gula, jangan menggunakan jalan raya bertol dan macam-macam lagi," katanya
Rafizi berjanji untuk membangkitkan isu ini kepada Ketua Auditor dan
akan menyarankan beliau menyemak semula perjanjian projek Puspahanas.
Sebelum ini, Rafizi pernah menyatakan bahawa Raja Ropiah mengaut
keuntungan berjuta-juta ringgit daripada fasal tersembunyi dalam
rancangan kerajaan Wilayah Persekutuan untuk membeli tanah di Bukit
Raja, Klang.
Pada 2012, Boustead mengumumkan rancangan mereka untuk membeli 80%
saham syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd, sebanyak
RM30 juta serta sebidang tanah daripada Awan Megah sebanyak RM130 juta.
Rafizi mendakwa Menteri Pertahanan telah menganugerahkan Awan Megah
kontrak berjumlah RM15 juta melalui surat bertarikh 26 Jun 2012.
Awan Megah juga telah dianugerahkan 23.2 ekar tanah daripada tiga
bidang tanah asal sekitar 223.2 ekar, di mana harga tanah tersebut
mencecah jutaan ringgit.
Sebelum ini, Rafizi pernah mendakwa bahawa tanah tersebut tidak pernah diagihkan kepada Awan Megah.
Rafizi juga mengatakan perjanjian yang rumit melalui pelbagai syarikat
dan kontrak adalah secara sengaja untuk menutup percanggahan yang
terdapat dalam projek tersebut.
Tahun lepas, Rafizi telah menyaman Ahmad Zahid yang mendakwa ahli PKR
telah menuduh beliau menyalah gunakan kuasanya sebagai Menteri
Pertahanan ketika mengambil alih Astacanggih dan tanah daripada Awan
Megah.
Namun, saman itu ditarik balik apabila Rafizi berkata beliau berpuas
hati dengan penerangan Ahmad Zahid yang beliau tidak menyalahgunakan
kuasa atau mempunyai sebarang kaitan dengan perjanjian Boustead. – 8
Januari, 2014.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment