16 Jan 2014
Bangkok: Perdana Menteri Yingluck Shinawatra semalam menggesa
penunjuk perasaan antikerajaan “melepaskan kemarahan” mereka terhadapnya
melalui proses pilihan raya yang dianggap cara terbaik untuk
menyelesaikan kemelut politik negara itu.
Sebelum itu Yingluck mengadakan pertemuan dengan agensi pengendali
pilihan raya Thailand untuk membincangkan cadangan supaya pengundian
ditangguhkan.
Pertemuan itu tidak dihadiri pembangkang.
Walaupun tidak menafikan kemungkinan pilihan raya ditangguhkan, Yingluck menegaskan peruntukan perlembagaan tidak membenarkan perubahan tarikh ditetapkan, iaitu 2 Februari.
Walaupun tidak menafikan kemungkinan pilihan raya ditangguhkan, Yingluck menegaskan peruntukan perlembagaan tidak membenarkan perubahan tarikh ditetapkan, iaitu 2 Februari.
SEORANG wanita memakai kemeja-T bertulis ‘Shutdown Bangkok’ (Tutup Bangkok) dalam sebuah kereta api di Bangkok, semalam.
“Jika rakyat bencikan kerajaan ini usirlah kami dengan undi anda,” katanya.
Pembangkang pula mahu pilihan raya tidak diadakan sehingga tuntutan mereka supaya reformasi menyeluruh diadakan.
Pembangkang menganggap pilihan raya akan datang membuka jalan untuk keluarga Yingluck, terutama abangnya Thaksin kembali berkuasa. - AFP
No comments:
Post a Comment